"lunch nie makan kat Delicious nak?"
Naik atas call BFF lagi
ko baca tak Wassap aku?
Apa dia?
Baca jelah..
Eh.. ko dah call nie ko tak boleh cakap terus ke?
Baca jelah.. Malaslah nak cakap sebab dah type.. kiki
Pemalas! Ok dah baca.. Ko nie pagi2 buta dah teringat makan je.. caner ko nak kurus?
Sambung lagi borak
Nie hujung bulan nie, ko ada duit ke?
Ada.. kan aku baru dapat payment novel tue.
Okeylah gitu..
BFF sahabatku.. i belanja bukan sebab dapat payment novel,
i belanja sebab ini farewell utk BFF yang nak tinggalkan i je ..huwaaa
Air tue macam sama color kan? Sedangkan BFF mintak root beer float & saya mintak manggo smootie. BFF kata air dia tak sedap.. Ala taktik nak habiskan air kita..macamlah tak tau.. taktik budak2 tue.. pirahhh
Tak ingat nama apa.. sebab panjang benor namanya.. nama pendek burger grill chicken.. BFF makan beef burger.. sepanjang namanya sebanyak tuela makanannya dan semahal tuelah harganya.. RM26.50. BFF punya pun sama jugak.. BFF kata ala2 burger bakar..
sayur nie macam selalu makan kat hotel2.. time nak sumbat kat mulut sempat lagi.."eh ko pg mintak thousand island sos".. jawapan yang buat tetiba nak sepuk je BFF "ko ingat nie rumah ko ke?"
tue ha dalam dia.. mmg tak leh nak makan burger dengan sekali nganga.. tak sopan langsung kan? walau i dah anak dua.. ayu kena jaga tau.. hikhik
sebab gambar nie terbalik.. biar kan saiznye large je.. tak payah nak gatal2 tukar extra large punya size.. i potong dua.. senang nak makan.. BFF huduh sikit perangai dia.. dia sumbat je & nganga besar2 masuk mulut dia.. pastu dah habis satu burger boleh buat statment "iskkk aku tak biasalah. aku selalu makan selapis2 kalau dengan laki aku" chaitttt.. laki takde ko pun buat buruk perangai ek?
inila pavlova yang i terngidammm nak makan sangat..
BFF punya komen "so and so' maksudnya?
eleh tekak ngada..kalau sendiri masak tak sedap pun cakap sedap
pastu dok mengomel nak red velvet.. perut dah nak meletup2 lagi mau makan macam2
RM102.90.. rasanya inilah pertama kali kitaorg makan mahal macam nie. we all kan kedekut :) sesekali apa salahnya.. farewell utk BFF yang lepas nie tah bila boleh dok gosip & makan sama2 lagi.. Amboi dalam menu sikit punya panjang nama food ye.. saja nak buat weolls confused tp dalam resit cenonet je namanya.. haha. Okla makanannya.. boleh buat kenyang & ngantuk bila nak balik opis..haha..lain kali beli satu set je pastu kongsi pun cukup sebab portion sepinggan tue besar
Buat muka sedih sebab tengah pikir sapa nak teman makan lepas nie nanti. siapa nak buat morning call bagi arahan makan potluck, nak call sapa kalau microsoft xcell tue buat hal, siapa nak drive kalau nak g ikea hari jumaat, sapa nak teman shoping utk raya next year, sapa nak teman g ampang park pastu ngomel semua benda mahal, kalau prgnant sapa nak belikan makanan, siapa itu siapa ini..paling penting kalau i tengah stress sapa nak tadah telinga?
Buat BFF, terima kasih kerana menjadi BFF yang sentiasa di sisi, membantu apa2 yang patut, menasihati apa2 yang patut, berkongsi apa2 yang patut, bagi makan apa2 yang patut sampai i emok2. Semoga penghijrahan ke office baru memberi khabar yang paling bahagia untukmu & keluarga.. Percayalah aturan Allah adalah paling "manis" untuk hamba2nya yang bersyukur.. Kadangkala kita pergi dengan hati yang "perit" tetapi yang menanti disana adalah "cahaya sinar yang sangat bahagia" ..Pepatah mengatakan "SOMETIMES WE MUST MOVED TO PROOF THAT WE ARE WORTH..
kenangan terakhir dan selepas ini kita tak boleh lagi cakap .."nie officemate saya"
tapi kita masih boleh cakap "nie BFF saya"
Kata-kata terakhir untuk BFF:
TOLONG JAGA ADIK KESAYANGANKU DI SANA,
SEBAGAIMANA KAU MENJAGA KU DI SINI,
TEGUR DIA SEBAGAIMANA KAU MENEGURKU,
SAYANGINYA DIA SEBAGAIMANA KAU MENYAYANGIKU,
TERIMA KELEMAHANNYA SEBAGAIMANA KAU MENERIMA KELEMAHANKU,
HARGAI KEKUATANNYA SEPERTIMANA KAU MENGHARGAI KEKUATANKU,
BERTOLAK-ANSUR DENGANNYA KERANA DIA MASIH MUDA
SEPERTIMANA KITA MULA2 BERKERJASAMA DI USIA MUDA DULU.
ADIKKU DAN DIRIKU TIDAK SAMA
TETAPI PERCAYALAH DALAM DIRINYA MASIH ADA BAYANG DIRIKU
JADI KAU TAK AKAN TERLALU RINDU
"THANKS FOR BEING SUCH LOVELY BFF"
*Sungguh tak sangka cepat sungguh 10 tahun berlalu begitu saja*
20 comments:
mesti sedihkan.. 10 tahun bukan 1 tempoh masa yang pendek.. moga ikatan persahabatan berterusan hingga ke akhir hayat..
sedapnyaaa...mama x pernah makan kt sini lg...sesekali makan mewah sikit utk org yg special...tak kisahlah kan...
semoga persahabatan tu terus berkekalan yea...
mesti rasa sgt kehilangan kannn...
takpe..lepas ni dpt officemate baru plak..
hehehe...
insyaAllah, facebook, twitter semua ada :)
Angah gemuk. Tuh berrylicious pavlova lerrr bukan tiramisuuu. Tp pavlova delicious xley lawan pavlova little white cafe,bangi adik. Sekiannn
ehhh bru perasan type tiramisu... nti akak tukar eh.. alolo mentg2 da nk jd org kjg-bangi.. tempt tue jela dia pusing..
sedih jugak..
insya allah
office mate bru tak sma
mira.. tak sma jpa depan2
Tajuk entri agak gerun tu...
kiki... ke situ pulak dia
alahai sedihnya... lg2 bile nk berpisah ngn kwn yg jd kwn susah senang ngn kite... tibe2 rasa seram lak kalu bff kt opis ni nk pindah...
I'M TOUCHED!!!!!
Sedih tak terhingga.......huarghhhhhhhhhh....
sambil menaip menitik2 air mata ko tak tau.. igtkan aku ok ko nak pindah nie.. rupanya..mmm
sedapnya makanan..tp sedih juga nak berpisah dgn BFF kan..
Sedihkan ila bila b'pisah ngan BFF,wajah tersenyum tapi hati yg berduka....tiada tmpt utk berkongsi rasa..mmg ade kawan yg baru but still tak sama kan...sobbbbbbbssss..
cuma boleh wish u all the best ye dear!
bff aku seme dah jauh2 since aku keje uia ni
tukar bidang
trus la bff takde
klu ade ni pun lebih kepada mentor la..
sama tapi tak serupa
sob sob sob...nak nangis saya baca ni taw...semoga hubungan kalian kekal mesra selamanya
Post a Comment