ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, January 24, 2012

Antara Dua

Dah lama nak buat entry ne tapi tak buat-buat. Benda lain yang saya buat.hehe. Belum pernah saya buat entry untuk sikap&perbezaan anak-anak saya.  Jadi saya nak buat untuk sekali ini...
DALIA AMANA
 Fizikal: rambut kerinting, kulit putih cina, gigi cantik tersusun
Nampak keras tapi sebenarnya dia seperti anak-anak perempuan lain.ada rasa sayu dan sedih tapi disembunyi disebalik kelakuannya. Ada masa Amana akan menangis tiba-tiba walau selalunya nada suara sebegitu (selalunya En.Papala) tidak memberi kesan apa-apa. Kadang-kala bila dimarahi dia masih berdegil tapi jika dilihat pada matanya akan ada air mata yang bertakung (serius saya sedih melihat matanya). Bila saya lihat begitu saya akan memeluknya dan memujuk. 
Sedikit degil. Nak terkeluar anak tekak menyuruh tapi tak buat jugak! Kecuali bila saya mula memanggil Arief cepat-cepat dia membuatnya.Cemburu mungkin.. 
Amat sayangkan Arief. Pernah Amana berkata "Kakak merajuk dengan Arief sebab Arief tak tidur dengan kakak" Akhirnya Amana puas hati melihat Arief tertidur disebelahnya. Sempat Amana mencium adiknya sebelum meneruskan main game handphone. 
Amat sayangkan atok. Bila kena marah atau melalak mesti sebut "atokkkkkkk" sebabnya atokla menjaga Amana sejak merah lagi.. Pernah Amana melalak sebab atok cium Arief terlebih dahulu.
Very protective-Kalau dalam lif akan memastikan Arief tidak keluar di tingkat lain. Pernah Arief nak mengikut orang lain keluar lif. Amana menarik baju dan menghalang gunakan kaki.macam-macam cara dibuat supaya Arief tidak keluar lif.
Cerewet-sayur tak makan. ayam tak sedap. Ikut perangai En.Papa kalau part sayur. Sanggup asingkan sayur-sayur dari mee/nasi grg. Kalau boleh hari-hari nak makan telur. 
Ketika bayi lebih banyak diuruskan oleh En.Papa. Sehingga umur Amana 4 bulan saya tidak pernah mandikan sehingga satu tahap Amana melalak dalam pelukan saya. Kenapa jadi begitu? saya lebih sibukkan urusan rumahtangga ie mengemas rumah&kainbaju. dan ketika Arief lahir saya menebus semuanya kembali.. Biarlah umah mcm tongkang pecah pun. Anak-anak lebih perlukan saya..
Berdikari-tak suka sesiapa menolong. Pernah saya melihat dia mencari sesuatu bila ditanya jawapan yang saya dapat "Amana tak cakap dengan mama pun. Biarkan Amana. Amana taula apa yang Amana carik" Gulp..wah wah.. 
 
AMIRUL ARIEF
 Fizikal: Rambut lurus, sedikit perang, kulit tak seputih Amana
Manja- akan mencari ruang & peluang untuk bermanja dengan saya. Kadangkala manja keterlaluan jika keinginan tidak diikuti. Tabiat menghempas-hempas badan memang jadi habit bila keinginan tak dituruti
tak cerewet-semua pun boleh makan asalkan sedap. jangan tak tahu Arief makan kacang botor okey..ulam-ulaman pun mkn.. bagus!!
Mesra alam-menakutkan bila anak tidak takut dengan sesiapa.Ramah tak bertempat tapi amat mudah bila kerumah sedara mara.Sesiapa pun boleh menjaganya 
Ringan tulang- pantang bunyi tepon Arief angkat dulu. Telefon saya terhempas dan tercabut semuanya, Arief kutip satu-satu. 
Kuat melalak-Akan menangis untuk mencari perhatian lebih-lebih lagi kalau berebut barang dengan Amana
Tembamkan Arief masa ne?
Antara dua anak..amana & arief.. yang mana saya paling sayang.. jauh di sudut hati ada jawapannya tapi mustahil saya nak bagitau yg mana saya paling sayang sebab kedua-dua istimewa. saya pelajari perkara berbeza dari mereka..dengan amana saya belajar menukar pampes, melawat klinik&hospital tiap2 bulan etc etc tapi dgn arief saya belajar menyusukan bayi,memakai cloth diapers.. kalau nanti ada 3 anak mana mungkin sayangnya sama rata tapi saya akan pastikan layanan&apa yg diberi sama rata.. 
Melihat mereka tidur bersebelahan harapnya harmonila mereka sampai saya tiada.. jangan bergaduh atau bersengketa sebab benda yang bukan-bukan, berlebih kurang dan tiada sikap iri hati antara satu sama lain, saling bantu-membantu dan melindungi, memahami masalah dan kekangan masing-masing. Jaga perkataan & perbuatan jangan sampai menguris hati adikberadik. Kalau yang berlebih; bantu yang terkurang. Jangan hanya senang sendiri. Yang terkurang pula jangan iri hati dan mencari-cari kesalahan disebabkan iri dengan kelebihan adik-beradik yang diberi rezeki lebih oleh Allah. Semua itu kententuan Allah. Berusaha, bertawakkal dan hati kena bersih.Kadang-kala bila hati tak bersih semua kerja&rezeki tersekat& tertangguh. Ini saya pelajari dari emak saya. Pernah dulu emak kerap berkata "hati kena bersih" Masa saya kecil saya memang tak faham tapi makin meningkat umur makin saya faham.. Alhamdulilah saya memahami maksud mak dan sedaya boleh "membersihkan hati". Tak kiralah bersih dari segi apa.. Sebab itu saya buat setakat yang saya mampu sahaja. Yang mana saya mampu beri; tenaga atau kewangan saya beri. Tak mampu dua-dua saya beri salah satu.. Yang mana saya tak mampu saya senyap2 sudah.. Yang penting ikhlas&kebersihan hati ketika menghulur pertolongan/bantuan.. Allah lebih tahu & emak juga tahu.. Doa ibu membawa ke syurga..Harap-harap anak-anak saya faham konsep ini..
Saya pun dah pesan pada arief yang tak reti bercakap ne "kalau mama tak ada tolong jaga kakak dari org jahat" arief mengangguk tapi kalau cakap kat amana "mama nak pg mana? korea ek??" adoiiiii amana

8 comments:

~Beb~ said...

Ya Allah.. Comelnye pemberian yg tak ternilai ni kan? Seronok ada baby..

Mama Zharfan said...

dua2 pun sgt comel!!

Salmi said...

Personaliti anak2 tak sama. Ibu bapa perlu bijak memahami.. Moga Arief & Amana membesar sebagai anak soleh dan solehah..

Jemput join GA ni..
http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/01/giveaway-tahun-baru-2012.html

AdaM Hawa said...

ala tomey-tomey.. amana & arief..

idasm said...

amana dan arief... dua2 comel.
seronokkan menjadi ibu...

ila ni mesti giler korea .. hehe...

betul kata mak ila... dlm hidup hati kena bersih dan ikhlas. jgn sekali2 busuk hati....

Syazana Zainn said...

ok terasa nak anak pulak..agaga
#gatai pulak

p/s: anak akak comel2 belako =D

mama aini said...

assalam BMAA..beruntung ada dua org ank yg comil..mama ada seorg ank sahaja..jadi tak dptlah mama nak bezakan perangainya dgn yg lain..hu2x..ehem comil ank2 BMAA..spt mama diaorg juga..

Unknown said...

baca status kat fb, baru dapat baca entry full.. uyun belum rasa saat macam nie.. tapi semua anak ada keistimewaan masing-masingkan.. harap amana & arief akan memahami apa yang disampaikan oleh mama..