ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, January 4, 2012

Bila papa lagi over dari mama

Tak tau nak mula dari mana sebab nak tergelak.. Okla kang orang kata apa lak gelak2 sedang  entry lum sampai sebaris. Semua orang dok citer hal anak masuk sekolahkan? Bila lak turn I nak citer ne.. Bukak je blog dok citer hal contest la event sana sinila, gentingla.. Apa saya ne mama yang takde perasaan ke anak nak masuk tadika? Eh ada la.. Anak pertama ye pertama!! Ulang PERTAMA!!  Kalau ke dua ketiga ke empat keduapuloh empat  dah tak rasa kot.. Erkkkkkkkkk nak ada no 3 pun dok mengira budget + kesanggupan melalui simptom 9bln+44 hari +12 bulan nak tgu dia besau..  Ini pulak nak anak 24.. eeee.. Takut I. Tapi kesiankan pada yang tak jadi anak sulung ekeke.Makbapak dah tak excited dah..  

Meh kita ngumpat papa Amana hari ne. Harus balik ne I kena bamboo..erkkkkkk.. Semalam hari pertama Amana masuk tadika untuk 5 tahun wah excited papa mithali ne. Pagi-pagi bangun mandikan anak dara. Terdengar-dengar dialog tapi kenapa suara macam tengah rekrut askar je? Agaknya orang sebelah umah ne pindah sebab tak tahan suara papa ke? HAHA..

"Berus gigi tue sendiri! Kang papa berus sakit kang. Amik sabun tue. Ne pegang shower ne atas kepala. Yang mandi sikit-sikit ne kenapa? Bagi basah kepala tue. Hari ne je papa tunjuk cara nak mandi .Lepas ne Amana mandi sendiri.  Isk mama ko ne bilik air pun takde baldi. Ada baldi kan senang. Gayung pun takde. jangan jadi macam mama, mandi macam kambing tak pakai baldi (haha part last ne I yang buat nasi tambah)"

Tutup telinga jelah dengar jenral tengah rekrut konstable kecik. Tapi elok je budak kecik tue sikit pun tak nangis. Dah biasa kot dengar suara papa dia. mama korang ne je yang ada masa tak biasa. Tak suka ..tak suka..tak suka.. tak suka orang cakap kasar-kasar..Mama kan romantik ..ewahh.. muntah hijau amana dengar..Ok sambung citer luar bilik air pulak

"Amik towel ne. Lap kering-kering". 
Oh Amana bukan panggil towel tapi "taula". Isk sapalah salah didik anak ne? Baru je mama nak tolong.
"Buat sendiri!!  Nanti papamama dah cuti takde sapa nak tolong Amana.
Mamapapa pun nak siap pegi keja jugak"
Ok mama mengundur balik. Itu amaran pada mama tue sebenarnya supaya jangan tolong anak.
Tengok je Amana dengan pandangan kesian.Eh budak ne sengih pulak dia
Awak tue tak nak mandikan Arief ke?
Kena mandi ke?
Soalan bodoh dari mama
Awak nak bawak Arief busuk2 ke kat tadika nanti?
Dalam hati "eh bubuh jela bedak & pakai cloth diapers baru.Bukan Arief yang nak mendaftar"
Tapi tangan ne cepat2 bukak baju Arief malas nak layan jeneral ne. Nasib papa pakai spek so tak meet requirment nak jadi polis/tentera. kalau tidak mesti jadi jeneral paling garang kat Malaysia! DOW!

Siap-siap pergi school. Urus segala mak nenek registration. Isk. Hari tue dah bayar downpayment RM100. Eh macam beli keta je.. Ini bayar lagi RM655.Oh kopak mama ko nak.. Takpe untuk anak sulung. Anak  no 2 nanti sila keja kat McD/KFC untuk kumpul yuran tadika sendiri..haha.Menangis nenek Arief kalau baca ne..Kiki

Tue.Tue.. Orang yang bawak van tue. Pg tanya.. Haa kak . Ne dia nak tanya..
Apala papa ne tanyala sendiri.. Oh yuran anak-anak lupa lak saya yang uruskan.haha
Kalau Amana naik van  masa balik je-RM20.Kalau pg balik RM30. Baik masa balik je sebab masa pg kami boleh hantar. Sekali lalu. Mak kedekut berkira-kira
Ala amik jelah pg balik. Biar Amana berkawan-kawan. Beza RM10 je..
pandai je cakap RM10 boleh makan McD tau!
Okla kak. Pg balikla. saya bayar sekarang ye

Lepas tue dengan selamba tinggalkan Amana je kat tadika. Dia tak nangis pun. Biar jela berdikari sikit. Sayu hati mak nak babye sebenarnye..  Nanti kul 11 amik balik. So kami pg makan kat kedai mamak dengan budak manja si Arief. papa tak bagi Arief hantar umah penjaga budak-budak ne. Pantang papa kalau cuti hantar anak-anak umah orang. Okla papa mithali..

Part ne yang nak gelak. Masa amik Amana dari school. Jam 11 am. Arief duduk kat belakang dalam keta dah membuta. Saya dapat can duduk depan yeye.. Saya pangku Amana. OTW nak ke KPJ pulak nak lawat adik yang warded sebab food poisoning. Mula lagi dialog papa mitahli ne..

Amana, bape orang budak dalam kelas Amana?
Cikgu Amana berapa orang?
Apa nama cikgu kelas  Amana?
Panas tak kelas Amana?
Budak sebelah Amana nama apa?
Ada tak cikgu tanya2 nama Amana
Takde ke suai kenal macam papa masa budak-budak dulu. Semua kenalkan nama
Apa nama kelas Amana?
Dah mula belajar ke?
Semua pakai uniform ne ke? Ada pakai baju sukan tak?
Bila hari sukan?
Papa tengok Amana paling cute tadi. Amana rasa tak?
Kenapa Amana duduk paling belakang. Papa tengok dalam gambar handphone mama.
Amana mintakla nak duduk depan baru boleh jadi budak pandai
Amana dah guna pensil yang papa beli?
Ada homework tak? Nanti malam ne papa ajar
Bla bla bla...


EEEEEE..PAPA NE KAN!!!
AMANA NE BARU MASUK TADIKA SATU HARI JE TAU!!
PAPA BOLEH TAK JANGAN TANYA BANYAK-BANYAK!
AMANA TAK NAK CAKAP.
MAMA TENGOKLA PAPA NE..

TAKPE ESOK KITA DAFTARKAN PAPA MASUK TADIKA AMANA YE?
BOLEH PAPA JAWAB SEMUA SOALAN YANG PAPA TANYA TADI
MEH KITA TUTUP MATA SAMA2.TIDO DULU
NANTI DAH SAMPAI KPJ KEJUT B&AMANA
TQ


*we love u pa*

10 comments:

Wan Amira said...

hehee... papa excited :D

me_czar said...

Eh, mana cerita baju sukan? hahaha

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

baju sukan..esok kiki

eija_sweetmama said...

hahaha..papanye yg terlebey excited..
rasanya eija kalau turn zaquan thn depan masuk tadika pun comfom excited lebey gak kot..

Mama Zharfan said...

cerita yg comel lg sweet heheh

AyuArjuna BiGoshh said...

habislah papa bebel "apsal awk citer psl sy kat blog" hahahaha

Sarah Syazwani said...

fuhh..excited sungguh papanyer ekk..hihi

mama aini said...

ha2x..nampaknya papa dia yg terlebih excited !!..

Lady of Leisure said...

hehe mesti excited tgk anak gi skolah kan.. :)

Ibu Yusuf Maryam said...

Wah.. baguslah papa amana nih.. :D