ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, January 6, 2012

BANYAKNYE LOGO HALAL? MANA SATU NAK PAKAI?SALAH GUNA LOGO HALAL DENDA 1 JUTA!! NAK??

 Saya dapat dari FB
Ini semua tidak diiktiraf ye
kalau sesiapa berani salahguna logo hala dendanya adalah 1 JUTA!!
Info dari sini


SUBANG JAYA: Peniaga yang menyalahguna sijil dan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan didenda RM500,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya dan meningkat kepada RM1 juta serta 10 tahun penjara jika

Peniaga yang menyalahguna sijil dan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan didenda RM500,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya dan meningkat kepada RM1 juta serta 10 tahun penjara  atau kedua-duanya, bagi kesalahan seterusnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan sama juga dikenakan denda RM1 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, manakala denda RM5 juta atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan seterusnya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pindaan akta itu secara dasarnya diluluskan pada peringkat kementerian dan akan dikemukakan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat sebelum dibawa ke Parlimen, Oktober ini.
Beliau berkata, pindaan itu juga memperuntukkan hanya satu logo halal daripada JAKIM digunakan berbanding tujuh logo halal, termasuk dikeluarkan syarikat pengeluar swasta ketika ini.
Katanya, walaupun Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) diberi kuasa pada peringkat negeri untuk mengeluarkan sijil halal, kementerian sudah memutuskan hanya logo JAKIM dikeluarkan bagi mengelak sebarang kekeliruan di kalangan pengguna Islam.

Pindaan terutama membabitkan penambahan hukuman sedia ada bertujuan memberi peringatan kepada mana-mana pihak yang cuba menyalahguna sijil dan logo halal, sekali gus menjamin kesucian makanan dan produk kegunaan umat Islam.
Kementerian juga sudah meluluskan secara dasar bahawa pindaan itu bukan hanya membabitkan makanan, sebaliknya sebarang produk termasuk kosmetik yang mempamerkan logo halal dan kita yakin penguatkuasaan pindaan akta ini bermula awal tahun depan, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan projek pembinaan rumah Casabella @ GrandVille USJ One milik Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH) di USJ 1 di sini, semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua Koperasi UKHWAH, Datuk Rahim Baba. Koperasi UKHWAH menerusi syarikat pemaju hartanahnya, Cabaran Subang Sdn Bhd, membina projek perumahan mewah membabitkan 60 unit banglo tiga tingkat berharga antara RM2.5 juta hingga RM5.8 juta bagi setiap unit.

Mengenai rungutan sukar mendapatkan sijil halal JAKIM, Ismail Sabri berkata, JAKIM tidak boleh dipersalahkan jika pihak berkenaan perlu melalui peraturan ketat, termasuk pemeriksaan di lapangan.

Berita disunting daripada sumber : Berita Harian


Ini logo yg sebenarnye
Comel je kakak ne. Pinjam gambar ye kak..
Gambar dari Harian Metro 

10 comments:

mama aini said...

bagus juga diseragamkan tanda logo halal ni..sbb mama tgk banyak sgt tanda halal yg meragukan direstoren2 mewah..hu2x..

Yellow said...

erk.. byk kan 'jenis jenis' logo halal sekarang ni...

Ummi Danish said...

huhu...dasat. Ila, arief ada dlm Baby Talk magazine.... danish pun ada.. heee :) congrats

dear anies said...

benda2 mcm ni kena serius.kalau x smpi bla2 menyalak je tp x ada apa2 kesan!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mama aini-wah selalu g makan restaurant mewah..nak itot!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mama aini-wah selalu g makan restaurant mewah..nak itot!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

yello-mmg pening kepala tgok

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

umi danish..wahhhhhhhh baru nampak muka kat sini

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

khirin- agreeeeeeeeeee

Luke said...

Pemalsuan logo halal satu pengkhianatan demi keuntungan, memang bikin panas.